02 September 2012

♥♥** Cinta itu laksana pohon di dalam hati. ♥♥**


 Cinta Laksana Pohon di dalam hati yang akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu
kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang.

Apabila Allah سبحانه وتعالى. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad صلى ا لله عليه وسلمtelah bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah سبحانه وتعالى mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda:

“Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى dan membenci kerana Allah سبحانه وتعالى”

Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda:

“Demi Allah, Allah سبحانه وتعالى tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di dunia.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar