08 Agustus 2012

✿ Ukhti...Ternyata Bidadari Surga Cemburu padamu ✿


(model : Syarifah Jameela)

Wanita diibaratkan seperti misykat (tempat letak pelita) iaitu cantik berkilau bila diletakkan di tempat yang tersembunyi,bersudut dan membatasi serakan cahayanya.

Begitulah perumpaan wanita yang solehah. Rela diri dibaluti oleh helaian kain yang tebal demi menjaga aurat dan mahkota kewanitaannya.

ciri-ciri pakaian muslimah yang digariskan oleh al-quran dan as-sunnah,iaitu:

1)menutup dan melindungi seluruh tubuh, selain yang dikecualikan,

2)bukan tabarujj(menunjuk-nunjuk)


3)kainnya tebal

4)kainnya tebal,tidak sempit

5)tiada haruman pewangi

6)tidak menyerupai pakaian lelaki

7)tidak menyamai pakaian orang kafir, dan

8)bukan merupakan libasyuh syuhrah( pakaian populariti).

Inilah tatacara yang Allah tetapkan untuk para wanita agar terpelihara auratnya dari pandangan lelaki ajnabi,kecuali pada suami dan anak-anaknya.

Lihatlah betapa sayangnya Allah pada kaum Hawa sehinggakan perkara aurat dan keterbatasan ini menjadi pokok persoalan dalam beragama supaya wanita muslimah tetap mempesona dan anggun dalam penampilannya tanpa perlu mendedahkan kehalusan dan keindahan badannya.

Sesungguhnya, cinta para wanita solehah bukan pada hartanya,bukan pada ketampanannya, bukan pada kebangsawanannya tetapi, cinta mukminah solehah adalah terhadap akhlaq dan budi pekerti sang jejaka.

Allah telah menukilkan kisah cinta puteri Nabi Syu’ib di dalam Al-Quran yang berfirman

Salah seorang dari kedua puteri itu berkata, “Wahai ayahanda, ambillah ia sebagai orang yang bekerja untuk kita. Kerana sesungguhnya orang yang paling baik ayah ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai. (Al-Qashash:26)

Daripada ayat di atas, kita maklum bahawasanya puteri Syui’b tertarik dengan kerajinan dan amanah yang ditunjukkan oleh Musa as,tetapi dengan segala sifat malunya,kesukaan itu dilontarkan dalam bentuk yang tersirat iaitu bercadang untuk dijadikan Musa sebagai pekerja.

Lihatlah disekeliling kita, betapa jauhnya nilai masyarakat hari ini dalam memahami pengajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Anak-anak muda tanpa segan malu menjual kehormatan diri untuk mencapai nikmat sebuah percintaan.Na’uzubillah.

Namun begitu,mencintai dan dicintai tidak sesekali terlarang oleh agama.

Malah, di dalam Al-Quran telah diberitakan tentang sifat kecintaan manusia sesama manusia di dalam surah Ali ‘Imran ayat 14

Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini syahwat dari wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan, ternak dan sawah ladang…( Ali ‘Imran : 14)

Kenapa Islam tidak melarang penganutnya untuk bercinta?sedangkan, dunia hari ini membuktikan cinta adalah virus pemusnah dalam kehidupan anak-anak remaja,pemusnah jiwa yang merdeka,pengacau keaktivisme seorang akhwat, dan yang paling syadid adalah cinta membawa maut.

Sesungguhnya, cinta adalah suci dan ikhlas, namun, bila cinta kebersamaan syaitan, syahwat dan syubhat, maka cinta merupakan penyakit dan pemusnah jiwa manusia.

Firman Allah

Dan hendaklah menjaga kesucian dirinya, orang-orang yang belum mampu menikah, hingga Allah mengayakan mereka dari kurniaNya…(An-Nur:33)

Cinta bukan hanya terbatas kepada cinta sesama manusia, tapi, makna cinta merangkumi cinta kepada Allah, Rasulullah, Hari akhirat dan jihad fi sabillah.

Bagi seorang insan, bagaimana untuk menyatakan rasa kecintaan terhadap Pencintanya telah pun digariskan dalam Islam:

Katakan hai Muhammad: jika adalah kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku. Maka Allah akan mencintai kalian dan ia ampuni segala dosa kalian….(Ali Imran:31)

Jadi, ambillah pengajaran daripada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menitipkan rasa cinta terhadap Azza Wa Jalla.

Selami kehidupan para rasul dan ummahatul mukminin dalam ketaatannya kepada Rabb.


Sebelum menjadi milik seorang lelaki yang bernama suami,seseorang wanita itu perlulah menimbang tara beberapa criteria diri seperti mengukur kualitas diri sendiri,mempersiapkan kualitas diri, berserius dalam ta’aruf dan melakukan ujian kualitas diri seperti bertanyakan kepada calon suami apakah motivasinya daripada perkahwinan nanti.

Ukhti.......ambilah contoh kesetian Nailah AlFarafisyah yang berkahwin dengan Saidina Utsman bin Affan ketika berumur 18 tahun dan Saidina Utsman berumur 81 tahun,kecerdasan akal dan kemanjaan ‘Aisyah, kelembutan dan ketabahan Saidina Khadijah, dan ketaatan isteri para syuhada dalam menegakkan kebenaran seperti Ummu Usamah, isteri Hassan Al-Hudaibi, dan Aminah Quthb, isteri Kamal Asy Syananiri.

Wahai Ukhti.... Ternyata Bidadari Surga disebabkan kesholihanmu dan ketabahanmu......Cemburu Padamu karenanya Bidadari Surga ingin belajar padamu tentang keshalihan dan makna keimanan sebagaimana Allah dan Rasulnya kehendaki.


Wahai jiwa yang tenang, kembalilah pada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai, maka masuklah ke dalam jannahKu…(AlFajr :27-30)

 http://www.lailahaillallah.com/profile-Tegar/blog/ukhti-ternyata-bidadari-surga-cemburu-padamu/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar