More Hearts Comments
Apabila berdepan dengan masalah hidup, fikiran dan perasaan menjadi resah serta bercelaru. Namun Allah s.w.t. memberikan orang Mukmin pelbagai jalan bagi menangani apa saja permasalahan hidup di dunia ini.Satu daripadanya, amalan istighfar untuk memohon keampunan Allah s.w.t. sebanyak yang boleh setiap hari sebagai ibadah.
Sabda rasulullah s.a.w. bermaksud "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah s.w.t. melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui" (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Inilah perkahabaran gembira buat mukmin yang selalu melazimkan istighfar dalam kehidupannya. Dalam satu riwayat, Ar-Rabi' bin Sobin berkata kepada Imam Al-Hassan : " Kaum lelaki datang kepadamu dengan mengadu mengenai pelbagai masalah, untuk mereka semua, kamu menyuruh beristighfar." Lalu kata Al-Hassan : "Aku tidak berkata apa-apa pun daripada pendapatku sendiri, bahkan sesungguhnya Allah s.w.t. mengatakan dalam surah Nuh, hendaklah hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantar kepada kamu hujan dengan lebat. Dengan memperbanyakkkan harta dan anak dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai." (Surah Nuh, ayat 10-12)
Begitulah kedudukan istighfar sebagai mekanisma menghadapi pancaroba hidup. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, seandainya Allah s.w.t. membantu kita, begitulah sebaliknya, tiada apa yang boleh dilakukan tanpa pertolongan Allah s.w.t.. Kita seharusnya mengambil ikhtibar pengajaran kisah Nabi Nuh sperti yang diceritakan dalam Al-Quran ketika Baginda menasihatkan kaumnya memperbanyakkan istighfar kepada Allah s.w.t supaya segala dosa mereka diampunkan dan Allah s.w.t. memberi limpah kurnia hujan dan menumbuhkan rezeki kepada mereka.
Nyata taubat dan istighfar adalah penyelesaian masalah hidup. Oleh itu dalam kehidupan serba moden hari ini, amalan taubat dan istighfar mestilah tidak dicuaikan, sebaliknya dijadikan amalan harian khususnya selepas solat wajib maupun sunat.
Al-Imam Al-Qurthuby mengatakan, taubat dan istighfar seseorang mukmin itu akan meluaskan pintu rezekinya serta mampu menikmati kehidupan tenteram dan bahagia. Kita mengalami masalah mungkin disebabkan maksiat dan dosa yang kita lakukan, zahir atau pun batin. Dengan tompokan dosa itulah yang menjadi penghalang untuk terbukanya pintu rahmat dan rezeki dari Allah s.w.t.
Rujukan : Rencana Wan Mohd Ruzlan Wan Omar, Berita Harian, Jumaat 31 Disember 2010
Oleh : Norisah Seman, 9.30 pagi, 28 Mei, 2011
http://www.lailahaillallah.com/profile-2281/blog/istighfar-bantu-umat-islam-sucikan-hati-dan-dibuka-pintu-rezeki/
astaghfirullah itulah kata yang membuat hatiku tenang, dan lebih mendekatkan diri pada Allah
BalasHapusmaaf kalo boleh taujudul lagu diblok ini apa ya.....
terimakasih.....semangat menulis ea.....