More Hearts Comments
Ibrahim Adham berkata, ada 10 tanda hati yang mati iaitu :
* Mengaku kenal Allah s.w.t. tetapi tidak menunaikan hakNya.
* Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi mengabaikan sunnah baginda
* Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya
* Memakan nikmat Allah s.w.t. tetapi tidak mensyukuri pemberianNya
* Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
* Mengaku ada nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
* Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
* Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap yang bernyawa tetapi masih tidak
bersedia untuknya
* Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban
diri sendiri
* Menghantar dan menguburkan jenazah saudara tetapi tidak mengambil
pengajaran daripadanya
Ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi dengan kebaikan, kurang kasih sayang kepada orang lain, tidak menolong orang, suka kemungkaran, menurut hawa nafsu, lalai dengan kebajikan dan suka berbuat maksiat
Ada tiga perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati iaitu :
1) Meninggalkan solat membuatkan jiwa kalut dan gelisah. Terjerumus ke dalam perbuatan keji dan hina, terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan.
2) Meninggalkan sedekah bererti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan. Mengambil berat mengenai hubungan sosial tanda bukti keimanan kita. Contohnya, orang suka bersedekah, hatinya akan lapang dan tenteram serta menjauhkan diri daripada penyakit bakhil
3) Tidak mengingati Allah s.w.t. dengan tidak berzikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak boleh menerima nasihat dan ajaran agama. Zikir akan memberi ketenangan hati. Orang yang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar.
Rujukan : Rencana Ibrahim Abdullah, Berita Harian, Sabtu 8 Januari 2011
Oleh : Norisah Seman, !0.00 pagi, 28 Mei, 2011
http://www.lailahaillallah.com/profile-2281/blog/apabila-hati-telah-mati-maka-tertutup-pintu-kebaikan-dan-terdorong-melakuka/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar