by Sheikh Ahmad Attamimi
Sejauh manakah kita mengingati dan mengenang akan Rasulullah Salallahu alaihi wassalam?
Imam Al-Ghazali rahimatullah pernah meriwayatkan kisah seorang lelaki sezaman dengannya.
Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak".

Lelaki itu bertanya lagi,
"Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?"
Jawab Rasulullah
s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu."
Lalu lelaki itu menambah,
"Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu?
Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih
daripada ayah ibunya."
Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak
mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca
selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan
selawat mereka kepadaku."
Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."
– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Tidak ada komentar:
Posting Komentar