07 September 2012

Lembutnya kasihmu Ya Habibi...



Nabi  صلى ا لله عليه وسلم sangat sayang kepada umatnya. Maka tidak pernah baginda صلى ا لله عليه وسلم diberi pilihan di antara dua perkara kecuali memilih yang termudah di antara keduanya, untuk memberikan kemudahan kepada umat dan ingin menghilangkan kesusahan darinya. Sebab itulah Nabi  صلى ا لله عليه وسلمbersabda:

إِنَّ اللهَ لَمْ يَبْعَثْنِي مُعَنِّتا وَلَا مُتَعَنِّتًا, وَلَكِنْ بَعَثَنِي مُعَلِّمًا مُيَسِّرًا" [رواه مسلم].

"Sesungguhnya Allah  سبحانه وتعالى tidak mengangkat aku sebagai seorang yang memaksakan kehendak dan tidak pula keras kepala, tetapi Dia سبحانه وتعالى mengutusku sebagai guru yang suka memberikan kemudahan." (HR. Muslim).
Dan bagindaصلى ا لله عليه وسلم  bersabda:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ, وَيُعْطِي عَلَيْهِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ" [رَواهُ أَبُوداودَ وصحَّحَه الألبانيُّ].

"Sesungguhnya Allah  سبحانه وتعالى Yang Maha Lembut menyukai kelembutan dan memberikan kerana sikap lembut sesuatu yang tidak diberikan-Nya kepada kekerasan." (HR. Abu Daud )
Dan baginda  صلى ا لله عليه وسلم bersabda:

مَا كَانَ الرِّفْقُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ، وَمَا نُزِّعَ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانه" [رَواهُ مسْلِم].

"Tidak ada kelembutan pada sesuatu kecuali menghiasinya dan tidak dicabut sifat berlembut ini dari sesuatu kecuali ia mencemarinya."HR. Muslim.

Dan Allah سبحانه وتعالى menggambarkan Nabi-Nya  صلى ا لله عليه وسلم dengan sifat kasih sayang, Dia سبحانه وتعالى berfirman:

لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ [التَّوبة: 128].
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min. (QS. at-Taubah:128)

Di antara kasih sayang Nabi صلى ا لله عليه وسلم kepada umatnya, kisah seorang lelaki datang kepada Nabi صلى ا لله عليه وسلم, dia berkata: " Aku binasa, wahai Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم." 
Baginda صلى ا لله عليه وسلم bertanya: " Apakah yang telah membinasakan engkau?" Dia menjawab: " Aku menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan." 

Baginda صلى ا لله عليه وسلم bertanya lagi: " Apakah engkau mempunyai sesuatu untuk memerdekakan budak? " Dia menjawab: "Tidak." Baginda صلى ا لله عليه وسلم bertanya lagi, 'Apakah engkau mampu puasa dua bulan berturut-turut? Dia menjawab: " Tidak." Baginda صلى ا لله عليه وسلم bertanya lagi: " Apakah engkau mempunyai sesuatu untuk memberi makan enam puluh (60) orang miskin? Dia menjawab: "Tidak." (Perawi) berkata, 'Kemudian dia duduk, lalu Nabi صلى ا لله عليه وسلم diberikan satu karung yang berisi kurma. 

Maka baginda صلى ا لله عليه وسلم bersabda, "Bersedekahlah dengan ini." Laki-laki itu bertanya: "Apakah kepada orang yang lebih miskin dari pada kami? Tidak ada di antara dua bukit batu ini (maksudnya kota Madinah) satu keluarga yang lebih memerlukannya dari pada kami." Maka Nabi صلى ا لله عليه وسلم tertawa sehingga nampak giginya. Kemudian baginda صلى ا لله عليه وسلم bersabda: " Pergilah beri makan kepada keluargamu." (muttafaqun 'alaih).
 
Perhatikanlah kasih sayang Nabi صلى ا لله عليه وسلم kepada lelaki yang bersalah ini, yang bersetubuh dengan isterinya di bulan Ramadhan. Sesungguhnya Nabi صلى ا لله عليه وسلم bersikap lembut kepadanya dan memperturunkan dari hukuman yang berat kepada yang lebih ringan. 

Hingga akhirnya baginda صلى ا لله عليه وسلم yang memberikan sesuatu untuk menebus kesalahannya. Bahkan dia صلى ا لله عليه وسلم mengizinkan untuknya mengambil pemberian ini dan memberi makan kepada keluarganya, karena melihat kemiskinannya. Alangkan agungnya kasih sayang nabawi ini, alangkah indahnya kelembutan Nabi Muhammad  صلى ا لله عليه وسلم

Mu'awiyah bin al-Hakam as-Sulami berkata: 'Ketika aku solat bersama Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم, tiba-tiba seorang laki-laki bersin. Maka aku berkata: 'Yarhamukallah (semoga Allah I memberi rahmat kepadamu).' Maka semua orang berpaling melihat aku. Aku berkata, "Kenapa kamu memandang saya? Maka mereka memukul tangan ke paha mereka. maka tatkala aku melihat mereka menyuruhku diam, aku pun diam. Maka tatkala Nabiصلى ا لله عليه وسلم selesai solat, aku tidak pernah melihat sebelum dan sesudahnya seorang guru yang lebih baik pendidikan darinya صلى ا لله عليه وسلم Demi Allah, dia صلى ا لله عليه وسلم tidak menggertak dan tidak pula memukulku. Baginda صلى ا لله عليه وسلم bersabda: 

إِنَّ هذِهِ الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيْهَا شَيْئٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ, وَإِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيْحُ وَالتَّكْبِيْرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
"Sesungguhnya solat ini tidak patut padanya sesuatu dari pembicaraan manusia. Sesungguhnya ia adalah tasbih, takbir dan membaca al-Qur`an." (HR. Muslim).

An-Nawawi rahimahullah berkata, 'Dalam hadith tersebut mengandungi keagungan akhlak Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم yang Allahسبحانه وتعالى  bersaksi baginya, kelembutannya kepada orang jahil dan kasih sayangnya kepadanya. Difahami dari hadith ini supaya berakhlak dengan akhlak Nabi r dalam sikap lemah lembutnya kepada orang jahil, pengajarannya yang baik, menyantuni dan mendekatkan kebenaran kepada pemahamannya."

Di antara kelembutan dan kasih sayang Nabi صلى ا لله عليه وسلم kepada umatnya, bahwa baginda صلى ا لله عليه وسلم melarang menyambung puasa karena bimbang diwajibkan kepada manusia.

Di antara kelembutan Nabi صلى ا لله عليه وسلم kepada umatnya, bahwa dia صلى ا لله عليه وسلم melaksanakan solat di malam bulan Ramadhan di masjid selama tiga malam atau lebih, hingga berkumpul di belakangnya jemaah yang banyak.

 kemudian baginda صلى ا لله عليه وسلم tidak keluar kepada orang banyak setelah itu kerana bimbang sholat ini diwajibkan kepada manusia.

Di antara bukti kasih Nabi صلى ا لله عليه وسلم kepada umatnya, bahwa bagindaصلى ا لله عليه وسلم dan sahabatnya masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba ada tali yang diikat di antara dua tiang. Baginda صلى ا لله عليه وسلم bertanya, 'Tali apa ini.' Mereka menjawab, 'Ini adalah tali Zainab, apabila dia merasa letih,dia bergantung dengannya.' Nabi صلى ا لله عليه وسلم bersabda:
حُلُّوهُ، لِيُصَلِّ أَحَدُكُمْ نَشَاطَهُ، فَإِذَا فَتَرَ، فَلْيَقْعُدْ" [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ]
'leraikan ikatan tali ini, seseorang darimu hendaklah solat sekadar kemampuannya. Apabila dia merasa letih hendaklah dia duduk." (Muttafaqun 'alaih).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar