07 April 2013

DHAB YANG TIDAK BERAKAL MAMPU BERSUARA DAN MENYAKSIKAN KERASULAN BAGINDA RASULULLAAH SHOLLALLAAHU A'LAIHI WA SALLAM


Bismillaahir Rohmaanir Rohiim

By El Fauzan

BETAPA NABI SHollallahu alaihi wasallam DIMULIAKAN OLEH ALLAH SUbhanahu wata'ala SEHINGGA DHAB YANG TIDAK BERAKAL MAMPU BERSUARA
DAN MENYAKSIKAN KERASULAN BAGINDA RASULULLAAH SHOLLALLAAHU A'LAIHI WA SALLAM

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama para sahabatnya, kemudian datang seorang A’raby(Arab badwi) daripada bani Sulaim yang bersamanya seekor dhab disisip di lengan bajunya yang telah di burunya dan siap untuk dibakar dan di makan.

Di depannya terlihatlah satu jamaah, dia pun bertanya, “Apakah ini?”. Orang disekitarnya pun menjawab, “Itulah dia yang memberitahu bahwa dia adalah Nabi”.

Maka orang ‘Arab badwi tadi pun menuju ke arah Rasulullah s.a.w. sambil melangkahi manusia di sekelilingnya lalu berkata,

“Demi tuhan Laata dan ‘Uzza! tidak ada orang yang di lahirkan oleh wanita lebih aku benci dan murkai daripadamu.
Sekiranya aku tidak tergesa-gesa, niscaya aku telah datang dan membunuhmu.
Maka aku akan membahagiakan orang berkulit hitam, merah, putih dan lain-lainnya”.

Mendengar ucapan ‘Arab badwi yang mencela Baginda s.a.w. itu telah menjadikan sayidina ‘Umar ibn al-Khattab marah lalu berkata,

“Wahai Rasulullah! Biarkan saja aku untuk bangun dan membunuhnya”.

Baginda s.a.w. pun bersabda, “Wahai ‘Umar! Apakah engkau mengetahui bahwa berlemah-lembut itu adalah hampir saja menjadikan seseorang itu Nabi?”.

Baginda s.a.w. pun menerima kedatangan ‘Arab badwi yang tidak beradab itu lalu bertanya, “Apakah yang membuat kamu berkata bahwa apa yang telah aku katakan adalah bukanlah yang haq? Kamu juga tidak memuliakan aku di dalam majlisku”.

‘Arab badwi itu pun berkata dengan angkuh tanpa menghiraukan ucapan Baginda s.a.w.,

“Kamu harus bercakap kepadaku juga !”. “Demi tuhan Laata dan ‘Uzza!
Tidak akan aku beriman kepadamu melainkan setelah dhab ini beriman kepadamu”.

Maka dia pun mengeluarkan dhab tersebut dari sisipan lengannya dan melontarkan dhab tersebut ke hadapan Rasulillah s.a.w.. Baginda s.a.w. pun bersabda,

“Wahai dhab !”. Dhab tersebut pun menjawab seruan Baginda s.a.w. dengan bahasa ‘Arab yang jelas dan didengari oleh semua kaum disitu,

“Aku menyahut seruanmu dan membantumu wahai perhiasan yang menghubungkan hari kiamat”.

Baginda s.a.w. pun bertanya, “Kepada siapakah kamu menyembah?”.

Dhab tersebut menjawab,

“Aku menyembah ALLAH,Dia-lah yang mana di langit ‘Arasy-Nya, di bumi kekuasaan-Nya, di lautan jalan-Nya, di Syurga rahmat-Nya, dan di Neraka siksaan-Nya,,”.

Baginda s.a.w. pun bertanya lagi, “Dan siapakah aku?”.

Dhab itupun menjawab , “Engkau adalah pesuruh Tuhan sekalian ‘alam, dan penyudah bagi sekalian Nabi, dan sesungguhnya berbahagialah orang yang membenarkanmu dan rugilah siapapun yang menolakmu”.

Mendengar jawapan dhab tersebut, orang ‘Arab badwi tersebut pun berkata, “Sesungguhnya aku tidak akan mengikuti lagi anutanku sebelum ini bermula sekarang.

Demi Allah !! Sesunguhnya aku telah datang kepadamu tadi dengan perasaan yang penuh kemarahan, dan sekarang kamulah orang yang paling aku cintai lebih daripada ibu bapaku, dan daripada harta-bendaku dan diriku. Bahkan aku mencintaimu dari dalam dan luar jiwaku, dan dari hati hingga zahirku”.

Setelah itu, mereka pun melafazkan keIslamannya di hadapan Baginda Rasulullaah s.a.w., “Tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Allah, dan sesungguhnya engkau adalah pesuruh Allah."

Allaahumma sholli wa sallim wa baarik a'la sayyidina Muhammadin wa a'la aalih


Tidak ada komentar:

Posting Komentar